CF - Catherine Frompovich
TO: Tetyana Obukhanych
TO: Tetyana Obukhanych
TO:
Saya telah berjanji yang saya akan
berbicara tentang kecederaan vaksin. Mari kita lakukan sekarang.
Potensi untuk mengalami kecederaan
vaksin adalah kebimbangan yang sangat berasas, yang dialami oleh mereka apabila
berhadapan dengan vaksinasi. Pangkalan Data Kesan Buruk Vaksin (VAERS di US dan
pengkalan data serupa di Negara lain) penuh dengan laporan dan aduan tentang
komplikasi yang terjadi dalam jangkasamasa hampir dengan penyuntikan vaksin.
Kesan buruk ini merangkumi kesan yang banyak namun kecil, seperti bengkak di
sekitar kawasan suntikan atau demam, hinggalah kesan yang jarang berlaku tetapi
juga lebih buruk dan tidak dapat dipulihkan lagi, seperti reaksi alahan atau
sindrom Guillain-Barre, dan kes terpencil lain yang melibatkan kematian.
Bagaimana pegawai
kesihatan awam menangani kerisauan tentang keselamatan vaksin ini secara
umumnya? Mereka menuding jari ke arah penerbitan saintifik yang mengatakan
tiada kaitan dari segi statistik antara
vaksin dengan kecederaan-kecederaan tersebut, walaupun kajian tersebut pada
awalnya dilakukan berikutan wujudnya laporan kes-kes kecederaan tersebut.
Satu kajian secara
statistik yang bertujuan mencari perkaitan antara vaksin tertentu dengan kesan
buruk yang tertentu mungkin dapat menjawab persoalan berikut: Bolehkah kita
mendapatkan perkaitan ini dengan melihat kepada sekumpulan manusia yang dipilih
secara rawak daripada populasi umum? Jawapannya sebenarnya boleh dijangka: tiada
kaitan secara statistik yang penting yang ditemui. Namun begitu, ini adalah
jawapan yang betul untuk soalan yang salah.
Soalan yang
sepatutnya ditanya adalah: adakah kemungkinan sesuatu perkaitan antara
sekumpulan manusia yang mempunyai ciri yang sama antara satu sama lain (dari
segi genetic, corak pemakanan, metabolic badan, immunologi etc) boleh didapati
dengan mereka yang telah menderita daripada kesan buruk tersebut?
Kajian sebegini
memakan belanja yang sangat tinggi untuk dilaksanakan, dan ia tidak mungkin
akan ditaja oleh kerajaan mahupun pihak lain yang agenda vaksinasi yang bias,
walaupun dengan kekayaan yang telah diperoleh daripada penjualan vaksin. Oleh
yang demikian, kajian sebegini sememangnya langsung tidak dijalankan.
CF: Apakah kesan
kepada masyarakat apabila kita bergantung kepada kajian yang salah konsepnya
apabila berbicara tentang keselamatan vaksin?
TO: Kesannya adalah pembolehubah (faktor yang mempengaruhi) yang penting bagi kecederaan vaksin tidak
ditemui dalam tempoh masa singkat, sebahagian daripada populasi yang mudah
terdedah kepada bahaya ini akan terus dicederakan oleh vaksin, dengan pada masa
yang sama rujukan terhadap kajian yang ‘kurang bukti’ ini digunakan
sewenang-wenangnya untuk membisukan mereka yang membantah.
Dengan kajian
kecederaan vaksin yang kita ada sekarang, saya akan ulang berkali-kali:
kekurangan bukti tidak menjadi asas kepada bukti kekurangan (kejadian AEFI).
Katakanlah pihak
berwajib mendakwa peluang untuk mendapat sindrom tertentu selepas mendapat
suntikan vaksin adalah satu dalam sejuta, berdasarkan kekerapan kes yang telah
dilaporkan sebelumnya. Jika anda memahami statistiknya, anda akan menyedari
bahawa anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk cedera dalam kemalangan
jalan raya, atau dipanah petir, atau memenangi loteri.
Apa yang mereka tidak
mededahkan kepada anda adalah, jika anda memahami biologi berbanding statistic,
anda akan menyedari bahawa bergantung kepada faktor tertentu yang mungkin
dialami oleh anda atau tidak (anda tidak mengetahuinya kerana kurangnya kajian
untuk menemui faktor tersebut), peluang anda untuk mengalami kecederaan vaksin
adalah antara hampir sifar, atau hampir seratus-peratus.
Pada saat ini, kita
tidak akan mengetahui siapakah yang akan menderita kecederaan vaksin atau
tidak, dan akibat daripada vaksin yang mana. Tiada jaminan boleh diberikan.
Secara asasnya, vaksinkan diri anda atas risiko sendiri.
CF: Bolehkan anda kongsikan
maklumat berkenaan dakwaan bahawa aluminium, yang terdapat dalam banyak vaksin
untuk bayi, adalah toksik kepada sistem saraf tunjang, melepasi ‘benteng
darah-otak’?
TO: Saya ingin
merujuk kepada hasil kerja saintis neuro Dr Chris Shaw dan rakan-rakannya yang
mengesahkan kebimbangan anda terhadap kesan toksik neuro aluminium. Ia bukan
kepakaran saya untuk menganalisanya.
Saya perlu mengakui
bahawa immunologi adalah sains yang dibahagikan (compartmentalized). Namun
begitu, diri saya sejujurnya lebih menjurus ke arah apa yang kita panggil
sebagai immunologi ‘asas’. Immunologi asas membekalkan teori bagaimana system
imun bekerja apabila dicabar oleh antigen asing yang disuntik, berasaskan
eksperimen ke atas haiwan kajian. Skop kajian dan minat kami adalah terhad
kepada memahami mekanisme selular dan molekul ke atas tindakbalas imun buatan
dan penghasilan antibodi. Garam aluminium (alum) pula ditambah kepada beberapa
jenis vaksin sebagai ‘adjuvant’ yang bertindak memperdayakan sistem imun untuk
menghasilkan antibodi. Inilah kesan alum yang ‘diingini’ dan hanya inilah yang
pakar immunologi pentingkan.
Pakar immunologi
tidak ‘tahu’ tentang sifat neurotoksin alum kerana mereka tidak diperlengkapkan
secara metodologinya untuk melihat apa yang terjadi kepada haiwan (atau
manusia) secara keseluruhannya, bagaimana sistem yang lain, terutamanya otak,
terkesan akibat daripada imunisasi amnya dan alum khasnya. Perkara ini adalah
untuk ditangani oleh pakar bidang yang lain. Sedih, namun inilah realiti sains
yang telah dibahagikan.
CF: Bagaimana
adjuvant dalam vaksin memperdayakan sistem imun? Apakah kesan daripada ‘silap
mata’ sains ini?
TO: Kesan adjuvant alum hanya mula dikaji
secara meluas sejak 5-10 tahun yang lepas, walaupun penggunaannya ke atas
manusia bermula sejak 1920an lagi. Kesan adjuvant alum ini bergantung kepada
keupayaannya untuk membunuh sel, ciri-ciri ‘cytotoxic’nya. Kerosakan pada
peringkat selular ini akan merembeskan kandungan sel-intra, seperti DNA dan
asid urik, ke ruangan sel luaran (extra-cellular), yang kini senang untuk
ditembusi oleh sel sistem imun untuk bertindakbalas ke atasnya. Kerosakan sel
ini dikesan oleh sistem imun, yang kemudiannya memulakan tindakbalas imun menentang
protein ‘asing’ yang muncul ketika kerosakan berlaku. Tanpa alum dan kerosakan
yang dilakukannya, sistem imun tidak akan mempedulikan protein asing yang
disuntik tersebut. Sistem imun akan menganggapnya sebagai tidak berbahaya dan tidak
akan menghasilkan antibodi terhadapnya. Tetapi, disebabkan tujuan utama
vaksinasi adalah untuk menghasilkan antibodi, maka apa yang alum lakukan
(kerosakan) dianggap membantu.
CF: Ini sungguh
memalukan dan menipu, doktor!
TO: Saya tidak lagi
mempunyai maklumat terkini tentang mekanisma tindakan adjuvant lain. Kebanyakan
adjuvant berasaskan minyak yang kami gunakan ke atas haiwan kajian adalah
diharamkan penggunaannya ke atas manusia, kerana ia mencetuskan tindakbalas
keradangan yang sangat ketara. Tapi saya yakin, adjuvant baru yang ditakdirkan
digunakan ke atas manusia kini sedang dihasilkan. Kita lihat saja nanti apakah
kesan sampingan yang bakal tercetus semata-mata untuk menghasilkan antibodi
yang sangat penting ini.
CF: Bolehkah anda
memberikan kami sedikit tutorial berkenaan antibodi dan mengapakah immunologi meletakkan
keberkesanan pada vaksin untuk menghasilkannya?
TO: Konsep antibodi
berevolusi daripada kajian tentang toksin, seperti toksin diphtheria atau
tetanus. Pada mulanya, antibodi dirujuk sebagai ‘anti-toksin’ – entiti misteri
yang muncul dalam darah haiwan yang telah disuntik dengan toksin yang mampu
meneutralkan kesan patologi daripada toksin tersebut.
Saya ingin mengatakan bahawa
berdasarkan kajian klinikal yang dihuraikan dalam buku nukilan Dr Thomas Levy,
Curing the Uncuribles, asid asorbik jatuh dalam kategori anti-toksin, kerana ia
dikenali dengan kemampuan mengekang simptom yang bermediumkan toksin mahupun penyakit
berjangkit, apabila diberikan secara intravena dalam dos yang tinggi.
Namun begitu, kajian immunologik ke
atas anti-toksin ini menjurus ke arah yang sempit dan seterusnya menimbulkan
idea bahawa keupayaan anti-toksin ini terhad kepada kelas immunoglobin yang
tertentu, yang kita panggil sebagai antibodi.
Pakar immunologi kemudiannya menyedari
bahawa ‘antibodi’ tersebut boleh dicetuskan bukan hanya terhadap toksin, tetapi
juga terhadap bahan apa pun yang diperkenalkan kepada sistem imun melalui cara
tertentu. Sesetengah syarat untuk ‘immunogenicity’ (contohnya kebolehan untuk
mencetuskan penghasilan antibody) adalah: 1) bahan tersebut adalah bukan
daripada diri sendiri; 2) ia perlu digandingkan dengan isyarat ‘bahaya’, yang
selalunya diberikan oleh bahan yang merosakkan atau meradangkan sel dipanggil
adjuvant, atau oleh corak molekul yang berkaitan pathogen yang berasal daripada
virus atau bakteria.
Sains immunologi kemudiannya terjumpa
suatu ciri proses penghasilan antibodi yang sangat kecil, suatu ciri yang tidak
akan menarik perhatian sesiapa yang bukan pakar immunologi. Namun, kebanyakan
kajian immunologi asas pada kurun ke-20 ini tertumpu kepada pencarian ini,
digalakkan lagi dengan penganugerahan pelbagai anugerah Nobel. Ini hanya
memperkuatkan lagi usul kepentingan antibodi, dan menjadikannya paradigma yang
bertumpukan kepada antibodi dalam sains Immunologi.
Tidak perlu disangkal lagi, tujuan
utama vaksin adalah untuk meningkatkan antibodi yang mengikat mikroorganisma
dan toksin, berdasarkan paradigma perlindungan ini. Namun setelah melihat
begitu banyak laporan peletusan penyakit
yang berlaku terhadap individu yang telah divaksinkan, termasuklah
laporan penyakit pada individu yang telah divaksinkan yang mempunyai titer
antibodi yang tinggi, ini hanya menguatkan keyakinan saya yang paradigm yang
bertumpukan antibodi ini perlu dikaji semula dengan sangat teliti.
CF: Saya setuju
dengan penilaian anda, doktor. Lagi cepat kajian semula ini dibuat, lagi bagus!
Jika pertussis (batuk
kokol) bukanlah virus tetapi bakteria, bagaimana ia termasuk dalam paradigma
vaksin? Bukankah kebanyakan vaksin diformulasikan untuk virus?
TO: Oh, jangan risau
tentang perbezaan kecil ini. Saya boleh cipta vaksin terhadap apa saja yang
anda mahukan. Vaksin terhadap kacang tanah pun boleh jika anda mahu.
Terma
‘vaccine’ diambil daripada perkataan Latin vaccinia (yang bermaksud cacar
lembu) dan ia asalnya merujuk kepada prosedur pelalian seorang individu yang
sihat dengan mendedahkannya terhadap nanah daripada individu yang dijangkiti
cacar lembu. Terma ini kemudiannya digunakan untuk menunjukkan suntikan virus
yang dilemahkan atau protein atau toxoid virus atau bakteria yang
di’adjuvant’kan dalam usaha untuk mencetuskan penghasilan antibodi terhadap
toksin atau mikroorganisma tersebut. Vaksin Pertussis menepati definisi ini,
kerana ia mengandungi toksin pertussis dan beberapa protein bakteria yang
dicampur dengan adjuvant.
Di
zaman moden ini, perkataan vaksin telah digunakan dengan sangat meluas. Ia
digunakan untuk menggambarkan penyelesaian. Pakar immunologi kini sedang
mengusahakan vaksin terhadap kanser, auto-imun, atau alahan. Saya tidak
terkejut jika suatu hari nanti, seseorang akan mencipta vaksin terhadap
penyakit Alzheimer atau mungkin juga autism.
Source: http://www.vaccinationcouncil.org/2012/06/13/interview-with-phd-immunologist-dr-tetyana-obukhanych-by-catherine-frompovich/
Bahagian 3
Bahagian 3
No comments:
Post a Comment