Tuesday, 17 September 2013

Pandangan Pakar Kesihatan Kanak – kanak dan Pakar Vaksin Mengenai Vaksin (dan mengapa ianya mendatangkan bahaya kepada anak anda) - BAHAGIAN 1

Dr. Larry B Palevsky M.D.berkata:



“ Ketika saya di sekolah perubatan , saya diajar bahawa vaksin adalah selamat dan sangat berkesan , dan tidak ada sebab untuk percaya sebaliknya. Semua pengetahuan yang saya perolehi di sekolah perubatan adalah standard di mana – mana sekolah , pengajaran dan penulisan saintifik di serata Negara. Saya tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia adalah sebaliknya.



Saya telah mengamalkan perubatan dan vaksinasi selama ini dan percaya bahawa amalan saya selari dengan apa yang saya telah pelajari.
Tetapi , lama – kelamaan , saya selalu melihat, bahawa pengalaman saya selama ini, iaitu dalam penggunaan dan pembacaan tentang vaksin , dan mendengar pandangan ibu bapa mengenai vaksin, adalah sangat berbeza dengan apa yang saya pelajar dahulu. 



..ia nya semakin jelas pada saya , kerana semakin saya membaca kajian – kajian , mendengar pandangan para ibu bapa  dan berjumpa dengan pengamal – pengamal perubatan yang lain yang juga menyatakan kebimbangan bahawa vaksin tidak terbukti selamat atau berkesan sepenuhnya , berdasarkan penulisan saintifik yang boleh kita lihat hari ini.



…(dan) semakin jelas kelihatan, kajian saintifik yang diperlihatkan kepada kita sebenarnya ,  tidak direka untuk membuktikan dan menguji keselamatan dan keberkesanan vaksin.


Saya juga tertarik bahawa terdapat bahan – bahan (dalam vaksin) yang tidak diuji sepenuhnya , kumpulan (dalam kajian) untuk perbandingan tidak diuruskan dengan sepatutnya  dan kesimpulan yang dibuat mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin tidak menepati standard saintifik yang diajar kepada saya semasa di sekolah perubatan.”



Adakah Benar Vaksin Ini “Penyelamat” Bagi Melawan Penyakit ?

Perubatan konvensional mengajar bahawa epidemic polio dan cacar(smallpox) telah lenyap disebabkan vaksin dan kebanyakan penyakit yang dihadapi di Amerika Syarikat telah dihapuskan melalui kuasa, kekuatan dan implementasi polisi vaksin.
Sementara itu , terdapat banyak kajian dalam penulisan perubatan  yang menunjukkan bahawa ada banyak sebab yang menyebabkan penyakit – penyakit itu terhapus.



Sebagai contoh , satu artikel yang diterbitkan pada tahun 2000 di dalam Paediatrics Journal telah menerangkan bagaimana , sebelum Perang Dunia Kedua , kebanyakan penyakit berjangkit yang dihadapi oleh Amerika Syarikat seperti difteria, tetanus,polio, pertusis, demam campak, influenza, parapertusis , tuberculosis dan demam scarlet – kesemuanya  telah berkurangan sebelum Perang Dunia Kedua dan SEBELUM terdapatnya antibiotic dan vaksinasi untuk merawat penyakit – penyakit ini. 

Sebab – sebab pengurangan dalam tahap kejadian dan kematian dalam penyakit – penyakit ini adalah disebabkan oleh implementasi strategi kesihatan awam , termasuklah

  • Sumber air yang bersih
  • Keadaan hidup yang lebih baik
  •  Kebersihan yang lebih baik
  •  Nutrisi yang lebih baik
Terdapat banyak lagi contoh (lain). 

-          Benarkah Kajian Keselamatan(Vaksin) Telah Dibuat?

Jadi, kenapa terdapat banyak perbezaan antara objektif para saintis dan pengamal perubatan yang bijak, berorientasikan sains berkenaan keselamatan dan keberkesanan vaksin?



Dr. Palevsky berkata:

“saya rasa sekiranya anda bertanya kepada sahabat – sahabat saya dari mana mereka mendapat maklumat , mereka akan berkata ianya dari American Academy of Paediatrics, AMA , CDC dan jurnal – jurnal mereka.

Tetapi saya ingin mencabar mereka untuk membaca sendiri jurnal – jurnal berkaitan untuk melihat samada kajian saintifik dilakukan dengan cara yang sepatutnya menggunakan kumpulan kajian yang sesuai dan kumpulan kawalan (control group)  yang sesuai. 

Adakah bahan – bahan dalam vaksin telah dikaji sepenuhnya?


Adakah terdapat perbezaan antara didedahkan dengan virus, bacteria , logam berat atau toksin melalui udara, makanan, usus dan kulit anda, dibandingkan dengan disuntik ke dalam tubuh anda?

Adakah kita telah melihat apa yang akan berlaku kepada vaksin yang disuntik pada kanak – kanak? Adakah antibodi yang dihasilkan mencukupi untuk membekalkan perlindungan terhadap jangkitan penyakit?

Lebih banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan bahawa


  • Kajian tidak dilakukan secara menyeluruh
  • Penghasilan antibody bukan cara terakhir untuk melindungi tubuh anda
  • Terdapat perbezaan antara bagaimana (tubuh) kanak- kanak  memproses bahan yang diterima melalui udara dan makanan dengan melalui suntikan
  • Terdapat partikel dalam vaksin yang boleh terkumpul dan menyebabkan kerosakan system immune badan
  • Terdapat partikel dalam vaksin yang akan menuju ke otak,dan
  • Terdapat DNA asing yang boleh masuk ke dalam tubuh anda(melalui vaksin)

Tamat Bahagian 1

Sumber asal: http://www.healthychild.com/leading-pediatrician-discusses-vaccines-for-children/


Dr. Larry B. Palevsky merupakan seorang pakar kanak - kanak terkenal , pensyarah dan penulis yang menggunakan pendekatan holistik dalam bidang  kesihatan dan penyakit kanak - kanak.  

Website beliau di sini:  http://drpalevsky.com/

No comments:

Post a Comment