Friday, 27 September 2013

Temuramah Bersama Dr Tetyana Obukhanych (Part 3)


CF: Catherine Frompovich
TO: Tetyana Obukhanych


CF: Ketika saya menuntut dalam bidang nutrisi semulajadi, banyak kajian saya ditujukan khas untuk nutrisi pra-kelahiran dan bayi. Kenapa anda fikir sains perubatan kini ingin meragui susu ibu, penyumbang antibodi paling utama bagi bayi? Lagipun, bukankah seorang bayi telah menghabiskan 9 bulan membesar dalam ekosistem dalaman ibunya dan sangat sesuai untuk menerima susu ibu? Kenapa menafikan manfaat ini?

TO. Saya sedar banyak cabang sains yang mengesahkan faedah penyusuan susu ibu, baik dari segi nutrisi mahupun perlindungan penyakit. Bagaimana ia boleh jadi sebaliknya, jika kita bergantung kepada penyusuan susu ibu sejak azali penciptaan hidupan di muka bumi ini lagi?

CF: Adakah anda setuju bahawa susu badan manusia adalah kaya dengan immunoglobulin? Bukankah ia memberikan imuniti yang lengkap? Susu ibu mengandungi macrophage yang membunuh bakteria, virus dan kulat, jadi mengapa immunologi ingin mengganggu fitrah semulajadi?

TO: Mungkin jika kita mempunyai lebih ramai penglibatan wanita dalam sains, kita akan lebih menghormati alam semulajadi. Kita akan mengkaji bagaimana alam semulajadi melindungi kita daripada penyakit, dan akan cuba membantu dan menguatkan proses tersebut, jika sesuatu yang buruk terjadi. Sebaliknya, kita cuba untuk menolak proses semulajadi dengan palikasi buatan manusia yang membawa kepada manfaat yang terhad bagi tempoh jangka pendek dengan mengorbankan lialibiliti jangka panjang.

CF: Sangat tepat sekali, doktor.
Daripada kajian anda dalam immunologi, apakah yang anda telah temui yang merupakan pengetahuan yang jarang dikenali dan wajar diketengahkan? Bolehkan anda berkongsi sedikit tentang itu?

TO: Selain sains itu sendiri, saya telah menemui kuasa yang menentukan bagaimana kajian saintifik dipamerkan.
Di zaman moden ini, kerjaya seorang saintis, termasuklah pakar immunologi, berkisarkan tentang menunjukkan kejayaan di awal kerjaya bagi mendapatkan sebilangan kecil peruntukan kewangan untuk beliau melaksanakan kajian. Apabila peruntukan diperolehi, saintis tersebut perlu menunjukkan kejayaan dalam bentuk penerbitan pula untuk menentukan peruntukan kewangan yang lebih banyak dapat diperolehi untuk kajian seterusnya, dan kitaran ini akan terus-menerus berlaku untuk mengekalkan kerjaya tersebut. Mengejar peruntukan untuk penerbitan hasil kajian, dan mengejar penerbitan untuk mendapatkan peruntukan seterusnya. Permainan ini memerlukan seseorang untuk menunjukkan kejayaan, kerana hanya kejayaan akan diberi pengiktirafan/anugerah. Masalahnya, tekanan yang besar untuk mendapatkan kejayaan ini mungkin menyebabkan penetapan insentif yang salah.
Tekanan ini  mungkin akan meletakkan saintis dalam situasi yang sangat sukar - bagaimana jika dengan mempamerkan kebenaran yang mereka perolehi daripada data kajian menyebabkan tiada lagi apa-apa yang gah yang boleh diterbitkan (kerana hanya kejayaan yang akan diterima untuk diterbitkan), dan menyebabkan tiada prospek positif untuk mereka mendapatkan peruntukan kewangan bagi menentukan mereka dapat terus berada dalam komuniti sains dan menguruskan makmal. Adakah mereka akan meletakkan risiko terhadap kerjaya mereka, dan kehidupan orang yang bergantung kepada kerjaya mereka, dengan mendedahkan kebenaran tentang kegagalan penemuan kajian mereka?
Contoh bagi situasi ini adalah sejumlah kajian, yang saya perhatikan di makmal tempat saya bekerja dulu, terhadap kaedah baru dalam mencetuskan tindakbalas imun. Kaedah ini telah diterbitkan dalam jurnal immunologi yang sangat disegani, dengan pengharapan tinggi yang ia bernilai dalam strategi perkembangan vaksin baru. Namun begitu, data tentang kegagalan untuk melindungi haiwan kajian daripada jangkitan sebenar dengan imunisasi kaedah ini sengaja tidak diterbitkan.
Bagaimana kita boleh memberikan alasan yang kukuh bagi menjelaskan tindakan ini (tidak menerbitkan penemuan yang negatif)? Saya tiada idea dan saya tidak berada di tempat yang membolehkan saya meminta penjelasan.

CF: Saya panggil ia pemalsuan sains. Mengapa CDC dan FDA tidak menjalankan tugas mereka untuk melindungi kesihatan pengguna sebaliknya melindungi kajian farmaseutikal?

TO: Bagaimana tindakan ‘meninggalkan fakta’ ini dibalas? Dengan sejumlah wang yang sangat banyak daripada organisasi swasta yang terkenal dalam penajaan vaksin ke Negara Dunia Ketiga. Sejumlah wang, seperti yang telah dimaklumkan kepada saya, yang digunakan untuk mengembangkan lagi kaedah imunisasi tersebut kepada strategi vaksinasi baru untuk manusia.
Cukupkah dengan apa yang telah saya dedahkan di sini?

CF: Saya fikir cukup. Apakah realiti bagi sebahagian besar, jika bukan semua, pakar immunologi ini memejamkan mata terhadap apa yang berlaku di luar makmal mereka, dalam dunia yang telah dicederakan vaksin ini? Inilah yang saya panggil politik sains kajian. Anda setuju tak?

TO: Saya ingin memberikan sedikit pendedahan tentang bagaimanakah perasaan berada dalam bidang immunologi ini. 
Saya menyedari yang pakar immunologi asas, seperti saya satu ketika dulu buat satu jangka masa yang lama, tidak mempelajari tentang apa-apa selain daripada lingkungan kecil kajian yang mereka sertai, mahupun tentang kajian epidemiologic yang mendedahkan sejumlah besar kegagalan vaksin. Pakar immunologi tidak ‘tahu’ yang vaksin gagal untuk melindungi. Atau mungkin, sebenarnya kebanggaan sebagai seorang professional yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat yang vaksinasi, subjek utama bagi kajian yang telah mereka abadikan hidup mereka ini, sebenarnya sangat tidak sempurna berbanding imuniti semulajadi.
Ianya menjadi pantang larang bagi sesiapa untuk membincangkan kebimbangan terhadap vaksinasi. Apa jua usaha untuk menimbulkan isu ini untuk dibincangkan, walau sekelumit bayangan kebimbangan terhadap kurangnya kajian sains terhadap keselamatan, keberkesanan mahupun keperluan vaksin, pasti akan disambut dengan kemarahan rakan sekerja. Mentera bahawa vaksin adalah selamat dan berkesan dan ia menyelamatkan nyawa begitu kukuh dipegang mereka sehinggakan sebarang kajian atau pemeriksaan dianggap tidak perlu. Oleh yang demikian, nampaknya untuk mempersoalkannya adalah seperti melakukan dosa terhadap sains.
Jadi, pada satu keadaan, pakar imunologi asas menghiburkan diri seniri dengan teori tersebut tanpa menyusahkan diri melihat bagaimana teori ini beraksi di dunia luar apabila diaplikasikan dalam bentuk vaksin ke atas populasi manusia. Dalam keadaan lain, pakar epidemiologi dan pegawai kesihatan awam hanya tahu sedikit sahaja tentang teori immunologi yang rumit itu, dan ini menghalang mereka daripada menyedari bahawa vaksin tidak berfungsi seperti yang sepatutnya dijangka dari segi teori. Mereka terus menerus memperkenalkan semakin banyak jadual untuk vaksin penggalak sebagai penyelesaian segera bagi kegagalan vaksin yang jelas kelihatan ini.
Pembahagian (compartmentalization) bidang  dan pandangan sehala yang telah meresap dalam sains inilah yang menghalang walau seorangpun pakar untuk mendapatkan pandangan yang lebih luas tentang vaksinasi dan menjadi gerun terhadap hasil pencarian tersebut. Apa yang terjadi adalah kesedaran bahawa ada sesuatu yang tidak kene dengan vaksinasi. Namun begitu, dalam sains umum, dorongan untuk melihat vaksinasi dari pandangan yang lebih luas adalah sangat kurang, sebaliknya terdapat banyak tekanan untuk menidakkan fakta yang tidak kene ini dan mendiamkannya.

CF: Tentu anda bergurau, kan! Saya rasa ini adalah sangat mengejutkan kerana sains sepatutnya lebih terbuka terhadap perbincangan untuk mendapatkan sains yang lebih terkini, baik dan berfakta.
Doktor ada apa-apa maklumat istimewa yang ingin anda kongsi dengan pembaca?

TO: Saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang padangan saya mengapa kita perlu mengubah cara kita melaksanakan sains. Kita telah mengkucar-kacirkan keadaan dengan vaksin, namun kita tidak perlu terus hidup dalam keadaan ini. Yang pertama sekali, saya mahu para pembaca lihat apa jenis sains kah yang telah meletakkan kita dalam keadaan kucar-kacir ini.
Di Amerika Syarikat, saintis hanyalah hamba kepada Pihak Berwajib, mereka hanya boleh melakukan kajian terhadap apa yang ditaja sahaja. Bukan hanya peruntukan kajian, perkembangan kerjaya dan gaji juga bergantung kepada ada atau tidak tajaan ini, lebih-lebih lagi di awal kerjaya. Kenapa sesiapa pun perlu terkejut apabila saintis tidak mampu atau tidak yakin untuk melaksanakan kajian yang tidak sealiran dengan agenda penaja yang membiayai kehidupan mereka?
Ia bukanlah rahsia bahawa majoriti kajian biomedik ditaja oleh kerajaan, syarikat farmasi atau pertubuhan persendirian yang mempunyai agenda pro-dadah/ubat dan pro-vaksin yang kuat. Ini menentukan keutamaan dan fokus sesuatu kajian biomedik dari segi ia memberikan keseluruhan kuasa kepada pihak penaja, dan hanya sedikit kekuatan berfikir terhadap individu untuk membuat pilihan masing-masing.
Mengapa kita tidak mempunyai sains yang menangani kebimbangan ibubapa terhadap vaksin dengan sistematik?
Mengapa kita tidak mempunyai sains yang sistematik dan mencukupi dalam mengkaji faktor semulajadi yang menentukan pola jangkitan sesuatu penyakit yang serius berbanding pola jangkitan yang ringan, atau pengaruh penyakit itu sendiri?
Mengapa tiada sains yang memberi pemahaman tentang imuniti semulajadi?
Bukankah kita, sebagai individu, dapat memanfaatkan ilmu ini?
Sebagai saintis, sejujurnya saya ingin memikul tanggungjawab secara langsung ke atas masyarakat dan mampu menangani kebimbangan/keperluan masyarakat terhadap maklumat yang dikaji secara saintifik dan telus tanpa ada sebarang  penghalang/tapisan yang diletakkan oleh agenda Pihak Berwajib/Syarikat Farmasi di antara masyarakat dan saintis.
Jika kita inginkan hubungan antara saintis dan masyarakat yang sebegini, jadi saintis perlu ditaja dengan cara yang berlainan daripada amalan sekarang. Kita tidak boleh menganggap syarikat farmasi atau Pihak Berwajib untuk menaja sains yang boleh merampas kuasa dari tangan mereka, bukan? Dan kita tidak boleh menganggap saintis boleh membiarkan keluarga kelaparan sementara mereka membina kajian yang tidak akan ditaja dan tidak akan diketengahkan ini, bukan? 
Bolehkah kita membina hubungan terus antara saintis dan masyarakat untuk mengetengahkan kajian yang meletakkan kuasa ilmu di tangan kita, bukan di tangan Pihak Berwajib?
Sama seperti prinsip Perlembagaan Amerika Syarikat, yang memisahkan agama daripada pentadbiran Negara yang telah membawa kita ke arah keamanan, bayangkan apa yang kita dapat capai dengan memisahkan sains daripada pentadbiran Negara.
Saya sarankan anda semua berhenti sejenak dan berfikir bagaimana kita boleh lakukannya.

CF: Dr. Obukhanych, terima kasih kerana membantu dalam memberikan pemahaman terhadap imuniti semulajadi dan peranan yang dimainkan oleh vaksin dalam mengubahnya. Saya harap lebih ramai saintis yang mempunyai pendapat dan etika yang sama seperti anda. Selagi lagi, terima kasih atas usaha yang anda lakukan.

Source: http://www.vaccinationcouncil.org/2012/06/13/interview-with-phd-immunologist-dr-tetyana-obukhanych-by-catherine-frompovich/

No comments:

Post a Comment